Pernah tak anda rasa risau tentang keselamatan komputer anda? Dengan ancaman siber yang semakin canggih, memiliki antivirus yang kukuh adalah satu keperluan.
Tapi, adakah anda perlu membayar mahal untuk perlindungan ini?
Sebenarnya, terdapat banyak antivirus percuma terbaik yang boleh membantu melindungi komputer anda tanpa kos tambahan.
Mari kita terokai bersama!
1. Apa Itu Antivirus dan Mengapa Kita Memerlukannya?
Antivirus adalah perisian yang direka untuk mengesan, mencegah, dan menghapuskan perisian ‘jahat’ seperti virus, trojan, spyware, dan ransomware.
Ia berfungsi dengan mengimbas fail dan aktiviti dalam sistem anda untuk mengenal pasti sebarang ancaman yang berpotensi.
Kenapa penting?
Kerana setiap hari, terdapat ribuan perisian ‘jahat’ baru yang dicipta oleh penjenayah siber.
Tanpa perlindungan yang betul, komputer atau laptop anda boleh menjadi mangsa serangan yang boleh menyebabkan kehilangan data, pencurian identiti, atau kerosakan sistem.

Sumber: Malaysian Update
2. Adakah Antivirus Percuma Cukup untuk Komputer Anda?
Soalan yang bagus! Antivirus percuma biasanya menawarkan perlindungan asas seperti pengesanan dan penghapusan virus.
Namun, mereka mungkin tidak menyediakan ciri tambahan seperti perlindungan terhadap phishing, firewall, atau VPN.
Jika anda seorang pengguna biasa yang melayari internet dan memeriksa e-mel, antivirus percuma mungkin mencukupi.
Tetapi, jika anda sering melakukan transaksi dalam talian atau menyimpan data sensitif, mempertimbangkan versi berbayar mungkin pilihan yang lebih baik.
Artikel menarik lain: 8 Tips Bijak Sebelum Membeli Laptop Terpakai
3. 5 Antivirus Percuma Terbaik dan Ciri-Cirinya
Berikut adalah lima antivirus percuma terbaik yang boleh anda pertimbangkan:
1. Bitdefender Antivirus Free

Ciri Percuma:
- Perlindungan masa nyata terhadap perisian hasad (malware).
- Pengesanan automatik terhadap ancaman.
- Antara muka yang ringkas dan mudah digunakan.
- Menghalang phishing dan penipuan dalam talian semasa anda membeli-belah dan melayari internet
Ciri Berbayar:
- Melindungi fail peribadi anda daripada penyulitan (encryption) oleh perisian tebusan (ransomware)
- Semak sistem & aplikasi anda untuk mengesan kelemahan
- Menyekat penjejak web daripada mengumpul data anda
- Advanced Firewall.
- VPN untuk privasi dalam talian.
Maklumat Lanjut dan Download: bitdefender.com
2. Avast One Essential
Pengalaman lebih 30 tahun mencipta perisian antivirus yang mudah digunakan yang menampilkan salah satu rangkaian pengesanan ancaman tercanggih dalam industri.
Juga perlindungan virus menggunakan machine learning dan keselamatan rangkaian di rumah yang tidak akan melambatkan Windows PC, Mac, Android atau iPhone anda.

Ciri Percuma:
- Antivirus
- Keselamatan rangkaian Wi-Fi membantu menjauhkan penjenayah siber dan penceroboh berniat jahat daripada rangkaian
- Penyemakan imbas dan e-mel yang lebih selamat semasa menyemak imbas, menghantar e-mel atau bekerja dalam talian.
- Bantu sekat tapak web berniat jahat dan muat turun tidak selamat, dan bantu hentikan peranti anda daripada dirampas dan dijadikan sebahagian daripada botnet.
- Perlindungan perisian tebusan (ransomware). Membantu menghentikan penggodam daripada mengakses, menukar atau mengunci fail peribadi anda kemudian menahan anda untuk wang tebusan.
- Makluman kebocoran data jika kata laluan yang dipautkan ke akaun e-mel anda telah terjejas.
Ciri Berbayar:
- Jauhkan e-mel yang tidak selamat dengan lebih mudah. Sekat e-mel yang mencurigakan secara automatik dengan bantuan penapis lanjutan.
- Kenal pasti dan elakkan laman web palsu. Pastikan diri anda lebih selamat apabila anda melakukan pembelian dalam talian atau perbankan.
- Buka fail yang mencurigakan dengan selamat. Lihat fail berisiko dalam ruang yang selamat dan terpencil untuk membantu melindungi PC anda.
Maklumat lanjut dan Download: avast.com
3. AVG AntiVirus Free
Kekal lebih selamat daripada penipuan dalam talian dan perisian hasad (malware) bukanlah mudah namun AVG telah buktikan.
Dengan ciri perisian antivirus percuma yang terbaik, mudah dan jimat masa dalam usaha meningkatkan keselamatan dunia digital.

Ciri Percuma
- Cari dan betulkan isu keselamatan yang berpotensi
- Sekat fail berisiko atau berbahaya
- Hentikan aktiviti aplikasi yang tidak selamat atau pelik
- Semak fail yang dibuka atau ditambah untuk ancaman
- Lawan semula perisian malware yang kuat
- Kuarantin fail berbahaya secara automatik
Ciri Berbayar
- Perlindungan lanjutan terhadap web penipuan, penggodam dan virus
- Sekat tapak dan e-mel penipuan
- Lindungi diri anda daripada kecurian identiti
- Buat pembayaran dalam talian dengan selamat
Maklumat lanjut dan Download: avg.com
Artikel menarik lain: 5 Tempat Terbaik untuk Beli Laptop Terpakai pada Harga Bajet
4. Avira Free Security
Penyelesaian perlindungan internet Avira Free Security adalah percuma dan menawarkan semua alat asas yang anda perlukan untuk meningkatkan keselamatan internet.
Contohnya privasi dalam talian dan prestasi peranti yang digunakan.
Perlindungan antivirus, VPN untuk melayari internet yang disulitkan (encrpted), pengurus kata laluan (password management) untuk mencipta kata laluan yang kukuh, sambungan keselamatan pelayar internet dengan perlindungan dari phishing.

Ciri Percuma:
- Perlindungan antivirus dan pengimbas virus
- Pengemas kini perisian (ciri Windows)
- Sambungan keselamatan pelayar internet (Browser safety extension)
- Pengurus VPN dan kata laluan
Ciri Berbayar:
- Menyekat perisian malware & laman web yang dijangkiti
- Menjana kata laluan yang unik & kukuh
- Membetulkan 200 tetapan privasi
- Menyekat serangan ransomware lanjutan
- Memaklumkan anda tentang akaun dalam talian yang terdedah
- Termasuk sokongan pelanggan
Maklumat lanjut dan Download: avira.com
5. Microsoft Windows Security
Jika anda menggunakan WIndows 10 atau Windows 11, sofware antivirus ini telah sedia ada dan berfungsi untuk melindungi komputer anda. Cuma perlu pastikan sentiasa dikemaskini.

Cara Semak antivirus Windows Security di Windows 11
- Klik pada icon shield biru pada taskbar kanan
- Atau taip pada Search bar Windows Security
- Pada bahagian Virus & Treat Protection, lihat pada Virus & threat protection updates
- Pastikan Last Update adalah tarikh terkini.
- Jika tidak, tekan Protection Updates dan klik Check for updates
Windows 10 dan Windows 11 kedua-duanya menggunakan aplikasi Windows Security sebagai pusat kawalan keselamatan terbina di dalam sistem operasi ini.
Aplikasi ini merangkumi ciri-ciri penting seperti Microsoft Defender Antivirus, Windows Firewall, dan Smart App Control.
Walaupun kedua-dua sistem operasi ini selamat, Windows 11 datang dengan ciri keselamatan yang lebih dipertingkatkan berbanding Windows 10.
Contohnya, ada Smart App Control yang lebih pintar dan tetapan keselamatan yang lebih ketat bagi memastikan komputer anda sentiasa dilindungi.
Ciri-ciri Windows Security
i. Microsoft Defender Antivirus
Ini adalah solusi perlindungan generasi baharu yang disertakan secara automatik dalam Windows 11.
Microsoft Defender Antivirus sentiasa aktif dan memberikan perlindungan antivirus masa nyata untuk menjaga keselamatan komputer anda sepanjang masa.
ii. Microsoft Defender SmartScreen
Kalau anda cuba buka laman web, aplikasi, atau muat turun sesuatu yang mencurigakan atau berisiko, SmartScreen akan beri amaran awal agar anda tidak terperangkap dengan ancaman tersebut.
iii. Windows Firewall
Dengan Windows Firewall, sebarang trafik luar yang tidak diingini akan disekat daripada memasuki komputer anda, jadi sistem anda kekal selamat daripada pencerobohan.
iv. Perlindungan Bluetooth
Tak kira sama ada anda guna fon kepala, tetikus, papan kekunci atau aksesori Bluetooth lain, sambungan tersebut dilindungi agar anda boleh guna dengan yakin dan selamat.
v. Wi-Fi Selamat
Windows menyokong kaedah pengesahan dan penyulitan (encryption) yang telah ditetapkan oleh industri.
Jadi, walaupun anda sambung ke rangkaian Wi-Fi awam, sambungan anda masih dilindungi.
vi. Rangkaian Peribadi Maya (VPN)
Virtual Private Network (VPN), atau rangkaian peribadi maya, ialah sambungan selamat antara komputer anda dan internet.
Banyak aplikasi VPN yang boleh dimuat turun terus dari Microsoft Store untuk memastikan privasi anda terjaga semasa dalam talian.
Ciri Berbayar:
Tiada versi berbayar, tetapi boleh upgrade dengan Microsoft 365 untuk ciri tambahan seperti perlindungan e-mel dan OneDrive.
Laman Web: microsoft.com
4. Antivirus adalah Keperluan Penting untuk Komputer
Memilih antivirus percuma terbaik bergantung kepada keperluan dan corak penggunaan anda.
Jika anda seorang pengguna biasa, perisian seperti Bitdefender atau Avast mungkin mencukupi.
Namun, untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, mempertimbangkan versi berbayar adalah langkah bijak.
Ingat, kepentingan antivirus tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah barisan pertahanan pertama anda terhadap ancaman siber yang boleh merosakkan data dan privasi anda.
Jadi, jangan tunggu lagi, download antivirus percuma hari ini dan lindungi komputer anda!
Kredit gambar: allaboutcookies.org, techradar.com, security.org