Get RM50 discount on your first purchase
Get it Now!
Masalah laptop terpakai

Masalah Laptop Terpakai? Ini 5 Perkara Anda Boleh Lakukan Jika Laptop Buat Hal

Share this:

Bila beli laptop refurbished online, memang jimat banyak berbanding beli baru. Tapi, biasalah, kadang-kadang kita akan berdepan dengan masalah laptop terpakai, contohnya skrin tiba-tiba ada garisan, keyboard tak berfungsi, atau bateri cepat habis.

Kalau jadi macam ni, jangan panik dulu! Relax. Ini kami nak kongsikan 5 perkara yang boleh anda buat kalau laptop refurbished anda bermasalah.

Masalah laptop terpakai

1. Semak Semula Polisi Untuk Jaminan (Warranty)

Biasanya, bila kita beli laptop refurbished online dari seller yang trusted, dia akan bagi warranty β€” minimum 1 bulan, ada yang sampai 6 bulan.

Kalau laptop anda bermasalah dalam tempoh jaminan ini, anda layak buat tuntutan (claim)!

Tips claim warranty laptop:

  • Simpan resit pembelian. Ini penting, jangan buang terutamanya dalam tempoh jaminan
  • Simpan gambar atau video masalah, sebagai bukti jelas masalah laptop
  • Hubungi penjual secepat mungkin.

Kalau penjual ada servis selepas jualan yang cekap, lagi mudah urusan anda. Mereka sedia membantu selesaikan masalah laptop tersebut.

2. Kenal Pasti Masalah Laptop Dengan Jelas

Sebelum hantar untuk dibaiki atau buat claim warranty, penting untuk anda tahu apa sebenarnya masalah laptop terpakai itu.

Periksa dengan teliti apa yang berlaku pada laptop, contohnya:

  • Skrin rosak ke, atau cuma software problem?
  • Keyboard tak jalan semua key, atau hanya sebahagian?
  • Bateri cepat habis sebab hardware atau setting Windows?
  • Laptop asyik restart?
  • Laptop keluar blue skrin?

Buat senarai pendek masalah untuk mudahkan technician troubleshoot.

Artikel menarik lain: 8 Tips Bijak Sebelum Membeli Laptop Terpakai

3. Hubungi Seller atau Technician Segera

Dah tahu apa masalah laptop refurbished anda? Terus hubungi penjual. Lagi cepat anda report, lagi cepat masalah boleh diselesaikan.

Jika penjual tidak memberikan respon, anda boleh cari technician laptop berdekatan, tetapi pastikan warranty tidak terbatal jika anda buka laptop tanpa kebenaran.

Kadang-kala penjual lambat balas Whatsapp anda, mungkin disebabkan sibuk. Anda tinggalkan sahaja pesanan.

Penjual yang bertanggungjawab atas sedaya upaya membantu selesaikan masalah dengan kadar segera.

4. Cuba Reset atau Format Sendiri (Jika Masalah Software)

Kadang-kadang masalah berpunca dari software sahaja, seperti:

  • Windows crash
  • Serangan virus
  • Laptop terlalu perlahan

Jika yakin, anda boleh:

  • Reset Windows (guna “Reset This PC” dalam setting).
  • Buat fresh install Windows menggunakan USB boot.

Tetapi jika ragu-ragu, lebih baik serahkan kepada yang pakar.

Tahukah anda, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) Angkatan Tentera Malaysia merekodkan lebih 6.5 juta serangan siber seperti Phishing, eksploitasi kelemahan, fail jahat melalui email, pengawal sistem jarak jauh dan kecurian data.

Memang menakutkan!

5. Tanya Rakan-rakan yang Tahu Baiki Laptop

Jika semua yang buat di atas tidak memberikan hasil yang positif, cuba cari kawan-kawan yang pandai berkenaan laptop.

Kami yakin, dalam ramai-ramai kawan anda, pasti ada seorang dua yang bijak IT walaupun dia bukan bekerja dalam bidang IT.

Kawan yang baik tak akan hampakan kawannya. Dia sebolehnya akan bantu anda cari jalan penyelesaian.

Setiap Masalah ada jalan penyelesaiannya.

Masalah laptop refurbished memang boleh berlaku, tetapi ada jalan penyelesaian. Yang penting, bertindak cepat dan gunakan hak warranty anda dengan bijak.

Jika anda mencari laptop refurbished berkualiti dengan harga berbaloi dan support selepas jualan, pastikan anda beli dari penjual yang boleh dipercayai.

Semoga laptop anda kembali berfungsi dengan lancar! πŸš€

Tengah cari laptop murah, tip-top dan ada warranty? Hubungi kami di 018-2122510 atauΒ klik link Whatsapp.

Share this:

Comments (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name

Shopping Cart (0)

Cart is empty No products in the cart.