Kalau anda tengah cari tempat beli laptop terpakai yang tak buat poket bocor, anda memang sampai kat tempat yang betul.
Zaman sekarang, tak semua orang mampu beli laptop baru yang harganya ribu-ribu tu.
Tapi jangan risau, sebab banyak pilihan laptop terpakai yang masih berfungsi dengan baik dan harganya jauh lebih murah.
Jadi, kalau anda tertanya-tanya di mana nak beli laptop yang bajet tapi berkualiti, jom kami kongsikan tentang 5 tempat terbaik untuk beli laptop bajet ni.
Kita akan lihat satu persatu platform yang popular dan kenapa ia sesuai sangat untuk anda yang tengah plan nak beli laptop second hand.
Jom baca sama-sama, ok?

1. Facebook Marketplace
Okay, kita start dengan yang paling biasa dan paling dekat dengan kita – Facebook Marketplace.
Kelebihan:
1. Trafik tinggi – Hampir semua orang ada Facebook, jadi bila anda cari “laptop terpakai”, memang berderet iklan akan keluar ikut lokasi anda.
Pada tahun 2024, Facebook Marketplace dikunjungi lebih dari 1 billion pengguna seluruh dunia!
2. Pertanyaan direct kepada penjual – Anda boleh PM penjual terus, tanya apa-apa, minta lebih banyak gambar, atau runding harga.
3. Boleh tengok profil penjual – Ini menarik! Kadang-kadang kita boleh check mutual friend, tengok dia selalu jual barang ke tak – sedikit sebanyak boleh bantu kita buat keputusan.
4. User-friendly – Paparan senang nak faham, boleh tapis ikut harga, lokasi dan jenis barang.
Tips tambahan: Kalau anda dah decide nak beli, pastikan buat COD (Cash On Delivery) dekat tempat awam macam shopping mall atau balai polis.
Jangan mudah percaya orang yang nak buat urusan secara bank-in dulu. Sebab kat Marketplace ni, scammer memang ada. Jadi, sentiasa hati-hati ya.
Artikel menarik lain: 8 Tips Bijak Sebelum Membeli Laptop Terpakai
2. Mudah.my
Seterusnya, kita pergi ke satu lagi platform klasik Malaysia – Mudah.my.
Kelebihan:
1. Laman web tempatan yang dipercayai – Dah bertahun-tahun wujud, orang ramai memang guna untuk cari barang murah termasuk laptop.
2. Trafik tinggi – Ramai penjual aktif di sini, jadi pilihan sangat banyak. Dianggarkan 6 juta pelawat menggunakan Mudah.my.
3. Kategori yang teratur – Senang nak cari ikut jenama, harga, lokasi.
4. Ruangan pertanyaan – Anda boleh terus hantar mesej pada penjual atau ambil nombor telefon untuk call/WhatsApp.
Kenapa sesuai untuk beli laptop bajet di Mudah.my?
Di Mudah.my ni, ada banyak pelajar (student) atau individu yang nak upgrade device, jadi diorang jual laptop lama dengan harga jauh lebih murah dari pasaran.
Kadang-kadang boleh dapat MacBook dengan harga bawah RM1,000!
Peringatan penting: Macam biasa, elakkan bayar online dulu. Kalau boleh, jumpa dan test depan-depan. Jangan lupa juga bawa orang teman masa COD ya.
3. Carousell
Baik, kita move on ke platform yang makin popular sekarang – Carousell.
Kelebihan:
1. Mesra pengguna – Aplikasi ni sangat ringan dan mudah digunakan.
2. Fungsi chat dalam app – Boleh terus sembang dengan seller tanpa tukar platform.
3. Rating & review penjual – Boleh tengok feedback dari pembeli sebelum ni. Ini sangat membantu untuk elakkan scammer.
4. Banyak pilihan laptop bajet – Terutama dari pengguna persendirian, jadi harga lebih fleksibel.
Apa yang menarik di Carousell?
Sebab kebanyakan penjual kat sini adalah individu, bukan kedai, jadi anda boleh tawar-menawar (negotiate) harga.
Kadang-kadang dapat free bag atau charger baru sekali!
Pastikan semak gambar betul-betul dan minta video kalau perlu. Kalau penjual banyak berdalih atau macam nak cepat-cepat suruh bank-in, itu red flag besar!
4. Shopee
Kemudian, kita tak boleh tinggalkan Shopee, platform e-dagang online shoppping paling terkenal sekarang ni.
Walaupun Shopee terkenal dengan barang baru, tapi anda jangan terkejut – ada banyak kedai jual laptop terpakai jugak kat sini.
Kelebihan:
1. Trafik sangat tinggi – Shopee ada berjuta pengguna aktif, jadi anda boleh jumpa banyak seller laptop terpakai. Trafik pengunjung Shopee setiap bulan dianggarkan melebihi 55 juta pelawat.
2. Ada sistem rating dan review – Sangat membantu untuk tahu pengalaman orang lain dengan seller tu.
3. Shopee Guarantee – Selepas pembelian, duit anda takkan terus masuk ke akaun penjual. Ia akan ‘hold’ dulu sampai anda sahkan barang dah sampai dan dalam keadaan baik.
4. Pelbagai filter – Boleh tapis ikut harga, jenama, spesifikasi dan lokasi.
Nak cari laptop bajet? Guna keyword macam “laptop terpakai”, “preloved laptop”, atau “used laptop” masa search.
Jangan lupa check bahagian “Shopee Mall” kalau nak cari seller yang verified.
Nota penting: Walaupun Shopee ada jaminan, jangan terlalu bergantung pada sistem, terutama bila beli barang elektronik. Baca semua review, dan pastikan warranty yang diberi asli (genuine).
5. Website Khusus Jual Laptop dan Komputer
Akhir sekalo, untuk anda yang nak lebih terjamin, boleh cuba beli laptop terpakai dari laman web khas yang fokus pada komputer dan IT.
Kelebihan:
1. Website professional – Antaramuka lebih teratur, senang nak cari produk sebab menggunakan plafform e-commerce.
2. Penjual verified – Kebanyakannya adalah syarikat yang berdaftar.
3. Jaminan (Warranty) – Ramai penjual sediakan warranty 3-6 bulan untuk laptop terpakai.
4. Boleh bayar online dengan pelbagai cara – Ada kad kredit, FPX, atau ansuran.
Antara laman web popular:
- Aesoft.com.my
- Zaranet.my
- Techhypermart.com
- LaptopBajet.com
Kenapa membeli di website penjual lebih baik?
Kalau anda jenis yang tak selesa jumpa orang asing, website macam ni sesuai sebab proses lebih profesional. Tapi harga mungkin sikit mahal berbanding beli direct dari individu. Namun, masih berbaloi untuk keyakinan semasa membeli.
Artikel menarik lain: 8 Perkara Penting Selepas Membeli Laptop Baru (Atau Terpakai!)
Peringatan Mesra Sebelum Beli Laptop Terpakai
Baiklah, ini ada beberapa perkara penting yang kami nak anda ingat.
1. Jangan bank-in sebelum tengok barang (kecuali beli dari website trusted atau Shopee).
2. Periksa keadaan laptop – screen, keyboard, port USB, bateri, dan Windows.
3. COD di tempat awam – kalau boleh bawa kawan sekali. Elakkan COD waktu malam kat tempat sunyi.
4. Minta resit atau bukti pembelian kalau beli dari syarikat.
Buat Carian Tepat untuk Tempat Terbaik Beli Laptop
Jadi, itulah 5 tempat terbaik untuk beli laptop bajet yang boleh anda pertimbangkan.
Sama ada anda pelajar, business owner, freelancer, atau nak guna untuk kerja part-time, beli laptop terpakai memang pilihan bijak kalau kena dengan cara.
Yang penting, berhati-hati bila berurusan, dan jangan terburu-buru. Luangkan masa untuk survey, tanya, dan bandingkan.
InsyaAllah, anda akan jumpa laptop yang sesuai dengan bajet dan keperluan.
Kalau anda rasa artikel ni membantu, jangan lupa share dengan kawan-kawan lain yang tengah pening kepala fikir di mana nak beli laptop yang tak mahal.
Jumpa lagi dalam artikel seterusnya. Good luck mencari laptop bajet!
Comment (1)